Penerimaan The Elder Scrolls V: Skyrim

Penerimaan kritikal

Skyrim menerima pujian kritikal semasa pengeluaran. Penyingkiran sistem kelas watak, yang terdapat pada permainan The Elder Scrolls terdahulu, diterima dengan baik. Billy Shibley daripada Inside Gaming Machinima dan Charles Onyett daripada IGN memuji penyingkiran tersebut kerana ia membolehkan pemain mencuba pelbagai jenis kemahiran tanpa membuat keputusan tentang pemilihan kelas pada awal permainan. John Bedford daripada Eurogamer menyatakan bahawa dengan menyingkirkan sistem kelas watak tersebut, permainan tersebut membolehkan pemain membina watak yang serba boleh, dan juga pemain lain yang ingin membina watak yang khusus dalam gaya permainan pilihan pemain. 

Masalah teknikal

Semasa pelancaran Skyrim, banyak masalah teknikal telah dilaporkan. Beberapa contoh termasuk isu turun taraf tekstur pada versi Xbox 360 apabila permainan dijalankan menggunakan cakera keras;[7] kemalangan, keperlahanan dan isu kadar bingkai pada versi PlayStation 3 apabila penyimpanan fail melebihi 6 MB,[8] biasanya berlaku kerana bermain dengan masa yang lama;[9] dan pelbagai kemalangan dan perlahan di versi Windows. Menurut pengarah Skyrim , Todd Howard, tanggapan bahawa pepijat berpunca oleh "RAM terbatas" ialah tidak benar.

Jualan

Semasa hari pertama pengeluaran, Steam menunjukkan bahawa terdapat 230 000 orang bermain Skyrim dalam satu masa. Dalam dua hari selepas pelancaran permainan tersebut, terdapat 3.4 juta salinan fizikal telah dijual. Daripada jualan tersebut, 59% datang daripada Xbox 360, 27% daripada PS3 dan 14% daripada PC. Dalam minggu pertama pengeluaran, Bethesda menyatakan bahawa 7 juta salinan permainan tersebut telah dihantar kepada penjual di seluruh dunia. Jumlah penjualan pada hari Rabu berikutnya dijangka akan menjana sebanyak lebih kurang US$450 juta. Penjualan meningkat menjadi 10 juta salinan dihantar kepada penjual dan lebih kurang US$620 juta pada 16 Disember 2011.